05 January 2011

hari pertama persekolahan....

semalam hantar haziq ngan kak ngah ke pasti....semangat diaorang ni nak ke sekolah..malam tu sebelum tido pesan dgn diaorg esok kena bangun awal..esoknya memang senang sekali nak kejut...pukul 7 pagi aku kejut dua beradik ni bangun....diaorang terus mandi...seronok sangat tak sabar2 nak pakai baju sekolah...siap pakai baju sekolah posing dulu sekejap ...diaorang bawak bekal..aku pagi2 lagi dah masak mihun utk diaorang...
gambo blur skt....
xsabar dah ni...
haziq nak jaga kak ngah!!!
semoga menjadi anak yang soleh &solehah
sampai sekolah lagi la seronok tengok ramai kawan...masuk kelas n duduk ngan kawan2...aku pun tunggu la sekejap..xlama pastu ade dah yang merengek x bagi mak diaorang balik...aku tengok haziq dgn kak ngah steady lagi...x lama pastu muallimah tampal nama pelajar mengikut kelas..kak ngah x sama kelas ngan abg haziq..aku ajak kak ngah pegi ke kelas dia..sampai di kelas dia pun ddk ngan kawan2..aku nampak muka dia nampak macam takut sikit...aku pun puji2 la dia n bagi semangat sikit....aku cakap ngan dia aku tunggu kat luar sebab muallimah nak mulakan kelas..dia pun angguk...dalam hati lega.. anak2 xde masalah...intai haziq dalam kelas ok...xlama pastu haniah berlari keluar dari kelas...ajak masuk sekali xmenangis tapi berair mata...hehehe..aku pun masuk teman..dalam kelas tu ade yang umminya tunggu..emm apa lagi dia x bagila aku balik..problem ni..aku cakap ngan muallimah nak ajak abang dia teman dulu...haziq pun masuk la kelas kak ngah...haziq pulak bila tgk kak ngah sedih dia pun berair mata jugak...last2 dua beradik ni x bagi umminya balik...maka hari tu ummi ngan haris pun belajar sama hehehe..
abg haziq steady lg..
kak ngah.....
kelas kak ngah...
tengok ummi nak keluar
tahan sedih huhu..
abg teman adiknya..abg pun sedih jugak
sayu......
tgk kawan nangis
sedih jugak...
kak ngah ok dah....
hmm..hari kedua dah ok...masa tinggalkan tu haziq je yang menangis tapi kejap je muallimah kata..balik tu macam2 cerita..alhamdulillah segalanya berjalan lancar...

01 January 2011

baby haris jatuh pulak....

hmm..dah pukul 3.45 pagi..mata masih belum mengantuk..blog pun lama dah x update..banyak jugak sebenarnya entry yang menunggu...tp memandangkan tenet yang sgt2 la lembab...tulah antara sebab yang malas sgt nak mengupdatekan blog...hehe.ni lbh kurang cite sedih jugak la..kalau xsilap hari selasa 28/12/2010...aku tgh suapkan tiga beradik ni makan nasi lemak..ni sarapan buat kali kedua ye...anak2 aku ni mmg minat nasi lemak yag aku buat hehe...biasala sambil makan nasi memang dia orang ni selalu main2...lps suap si abang..suap la pulak si kecik haris ni..lps je suap nasi dalam mulut..berlari2 la si abg mengejar si kecik haris ni..kak ngah makan dgn tertib...ddk ngan aku...mas tgh tgk abg haziq duk mengejar haris tu..tiba2 haris terjatuh..dan melanggar bucu meja kopi..ah..masa tu jantung aku dah berdebar dah..tgk haris ttp mata..masa dia angkat tangan tgk darah dah penuh kat mata dia..aku cepat2 ambik kain tekap darah tu jgn bagi banyak keluar...bila angkat kain darah keluar laju...aku jadi takut..abg haziq ngan kak ngah pun nampak takut..kak ngah nmpk macam nak nangis dah....dia mmg sensitif skit..dah la abi diaorg ni xde huhuhu...pegi ke laut...tel byk kali x ber jawab..haris x la menangis kuat sangat...aku bagi haris hisap susu sambil tekap kain kat dahi dia...alhamdulillah darah berenti keluar..haris pun x menangis dah..siap main kejar2 balik,,besar jugak koyak kat dahi dia..x lama lpas tu dapat call abi dia..abi dia terus balik..haris siap berlari2 lg sambut abi dia balik...haris dia x bagi langsung org nak sapukan ubat...mmg x boleh sentuh la..bawak pegi kat doktor kat klinik komuniti..dia x boleh nak jahit sbb umo haris..kena bawak pegi hospital besar,,dia kata x jahit pun xpe..parutnya mungkin besar skit..masa doktor nak tgk pun..haris dah meronta2..sampai dua org kena pegang cmpur ngan doktor 3 la...haris2 kuat sungguh dia....mcm mana la kalau nak jahit...lagi la payah..doktor tu pun cakap payah nak jahit...jadi kami ambk keputusan x jahit la luka haris tu...
posing atas kete!!
ni kira peace la ni hehe

luka yang agak dalam la

main air..dia tak rasa pedih pun..kite pulak yg risau

07 December 2010

resepi yang dah di cuba....

nak tepek resepi yang dah aku cuba buat ....masa raya haji baru ni try buat mee rebus...menjadi..sedapp..resepi ni ceduk kat my resipi...aku try nak sbb makan kat rumah member masa open house hari tu sedap sgt...minta izin c n p resepi ye en.mat gebu....tapi oleh kerana sibuk sgt...lupa nak snap gambo...

mee rebus udang

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
  • 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
  • Limau kasturi secukupnya
  • Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
  • 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
  • 250 g udang sederhana besar
  • BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
  • 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
  • 1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara

  1. Ayam_002
     Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
  2. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
  4. UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan


pastu aku try buat soto....menjadi jugak ...ni yang suka..ceduk kat my resipi jugak..tq dianaA

soto ayam


Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

selamat tahun baru hijrah

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali 
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali 
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): 

Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu. 
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.

 

Doa Akhir dan Awal Tahun Baru Islam

Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW,
beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah,segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu,sedang kami belum bertaubat,padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya,dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai
dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan,semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad,keluarga dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal ‘alamin.
nb : Doa akhir tahun dibaca waktu Ashar, sesudah sholat Ashar.
DOA AWAL TAHUN
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwal, wa ‘alaa fadlikal-’azimi wa juudila-mu’awwali,wa hazaa ‘aamun jadidun qad aqbala nas’alukal ‘ismata fiihi minasy-syaitaani wa auliyaa’ihi wa junuudihi wal’auna ‘alaa haazihin-nafsil-ammaarati bis-suu’i wal-isytigaala bimaa yuqarribuni ilaika zulfa yaa zal-jalaali wal-ikraamin yaa arhamar-raahimiin, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihi wa ashaabihii wa sallam
Amin yaa rabbal ‘alamin
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan
kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal ‘alamin
NB : Doa ini dibaca setelah sholat maghrib

24 November 2010

konvo ayoh we......


dalam bulan 7 kalau tak silap kami berkonvoi pegi ke konvo ayoh we budak2 ni...kami bertolak dalam pukul 4 pagi dari kuantan...kami berkonvoi 3 buah kereta ...sampai kat higway maran tu kereta pok ngoh pulak buat hal...tayar pancit...jadi kena la tukar tayar....kami berenti kat r n r maran...siap pasang tayar perjalanan diteruskan...kami sampai lebih kurang pukul 9....cari tempat untuk sarapan pagi...kami bawak bekal nasi lemak yang telah dimasak oleh ku malam tadi...siap sarapan mek dan ayoh pun masuk kedalam dewan..kami cuma lepak kat luar je...habis konvo kami pegi ke kl sekejap..pok ngoh nak ambik barang...kami semua tg kat masjid negara...
tu lah ayoh we...


razi's famili

razak's famili

jalan2 ke kl...

Aku ngan suami memang suka sgt kalau pi ke kl ni...ape taknya kalau turun kl ni tmpat yang wajib singgah restoren pak arab la..ar-rawsha..masa ni pegi baby haris baru 3bulan lebih...kami bermalam kat taman tasik titiwangsa....lebih kurang banglo la...pagi tu diaorang mandi kolam kat banglo tu..abang haziq takut..kak ngah steady jer..tgh main2 air kak ngah lemas skjp...nasib baik xde ape2..lps tu..kami bawak anak2 jalan kat klcc n pegi masuk kat aquaria...tgk ikan...ok la..tiket dia dlm RM25 kalau x silap..abang haziq pun kena...
peacee!!
abang haziq takutt..
kak ngah baru lps tenggelam..hbs bsh seluar abi huhu

nasi mandhi


kamiii

nak pegi jln2

lamb kebab









Baby haris yang malang...


pipi saya yang tembam!!

Tajuk macam suspen je...hehehe...baru2 ni masa haris tengah main2 aku terkejut tgk pipi haris lain mcm je...baby haris ni dalam kategori tembam la jugak..aku tgk betul2 memang bengkak..tapi haris x dela meragam ke ape ke...aku mula rasa risau...mula terfikir mcm2..aku ajak suami ku pergi ke klinik..doktor cakap cuma bengkak kelenjar je...lega la skt...doktor ckp biasanya budak akan demam...tp alhamdulillah haris sampai ke surut bengkak tu x demam2..memang kuat antibodi haris ni....alhamdulillah..balik dr klinik aku sapu kat tempat bengkak tu nila campur ngan cuka...untuk sejukkan tempat bengkak tu..itu kira petua orang tua2 la agaknya..nasib baik haris x meragam masa sapukan ubat tu..cuma dia rimas je la..
besar tak pipi saya?
rimasnyeee!!
tidur lena...
dah terlena