07 December 2010

resepi yang dah di cuba....

nak tepek resepi yang dah aku cuba buat ....masa raya haji baru ni try buat mee rebus...menjadi..sedapp..resepi ni ceduk kat my resipi...aku try nak sbb makan kat rumah member masa open house hari tu sedap sgt...minta izin c n p resepi ye en.mat gebu....tapi oleh kerana sibuk sgt...lupa nak snap gambo...

mee rebus udang

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
  • 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
  • Limau kasturi secukupnya
  • Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
  • 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
  • 250 g udang sederhana besar
  • BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
  • 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
  • 1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara

  1. Ayam_002
     Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
  2. Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
  4. UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan


pastu aku try buat soto....menjadi jugak ...ni yang suka..ceduk kat my resipi jugak..tq dianaA

soto ayam


Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

selamat tahun baru hijrah

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali 
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali 
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): 

Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu. 
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.

 

Doa Akhir dan Awal Tahun Baru Islam

Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW,
beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah,segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu,sedang kami belum bertaubat,padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya,dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai
dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan,semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad,keluarga dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal ‘alamin.
nb : Doa akhir tahun dibaca waktu Ashar, sesudah sholat Ashar.
DOA AWAL TAHUN
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwal, wa ‘alaa fadlikal-’azimi wa juudila-mu’awwali,wa hazaa ‘aamun jadidun qad aqbala nas’alukal ‘ismata fiihi minasy-syaitaani wa auliyaa’ihi wa junuudihi wal’auna ‘alaa haazihin-nafsil-ammaarati bis-suu’i wal-isytigaala bimaa yuqarribuni ilaika zulfa yaa zal-jalaali wal-ikraamin yaa arhamar-raahimiin, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihi wa ashaabihii wa sallam
Amin yaa rabbal ‘alamin
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan
kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal ‘alamin
NB : Doa ini dibaca setelah sholat maghrib

24 November 2010

konvo ayoh we......


dalam bulan 7 kalau tak silap kami berkonvoi pegi ke konvo ayoh we budak2 ni...kami bertolak dalam pukul 4 pagi dari kuantan...kami berkonvoi 3 buah kereta ...sampai kat higway maran tu kereta pok ngoh pulak buat hal...tayar pancit...jadi kena la tukar tayar....kami berenti kat r n r maran...siap pasang tayar perjalanan diteruskan...kami sampai lebih kurang pukul 9....cari tempat untuk sarapan pagi...kami bawak bekal nasi lemak yang telah dimasak oleh ku malam tadi...siap sarapan mek dan ayoh pun masuk kedalam dewan..kami cuma lepak kat luar je...habis konvo kami pegi ke kl sekejap..pok ngoh nak ambik barang...kami semua tg kat masjid negara...
tu lah ayoh we...


razi's famili

razak's famili

jalan2 ke kl...

Aku ngan suami memang suka sgt kalau pi ke kl ni...ape taknya kalau turun kl ni tmpat yang wajib singgah restoren pak arab la..ar-rawsha..masa ni pegi baby haris baru 3bulan lebih...kami bermalam kat taman tasik titiwangsa....lebih kurang banglo la...pagi tu diaorang mandi kolam kat banglo tu..abang haziq takut..kak ngah steady jer..tgh main2 air kak ngah lemas skjp...nasib baik xde ape2..lps tu..kami bawak anak2 jalan kat klcc n pegi masuk kat aquaria...tgk ikan...ok la..tiket dia dlm RM25 kalau x silap..abang haziq pun kena...
peacee!!
abang haziq takutt..
kak ngah baru lps tenggelam..hbs bsh seluar abi huhu

nasi mandhi


kamiii

nak pegi jln2

lamb kebab









Baby haris yang malang...


pipi saya yang tembam!!

Tajuk macam suspen je...hehehe...baru2 ni masa haris tengah main2 aku terkejut tgk pipi haris lain mcm je...baby haris ni dalam kategori tembam la jugak..aku tgk betul2 memang bengkak..tapi haris x dela meragam ke ape ke...aku mula rasa risau...mula terfikir mcm2..aku ajak suami ku pergi ke klinik..doktor cakap cuma bengkak kelenjar je...lega la skt...doktor ckp biasanya budak akan demam...tp alhamdulillah haris sampai ke surut bengkak tu x demam2..memang kuat antibodi haris ni....alhamdulillah..balik dr klinik aku sapu kat tempat bengkak tu nila campur ngan cuka...untuk sejukkan tempat bengkak tu..itu kira petua orang tua2 la agaknya..nasib baik haris x meragam masa sapukan ubat tu..cuma dia rimas je la..
besar tak pipi saya?
rimasnyeee!!
tidur lena...
dah terlena

20 November 2010

kenangan almarhum abah ku....atok kepada anak2ku

bersama bapa mertua ku
di hari perkahwinanku....
kenangan selamanya....

abahku sayang

antara gambar2 abah dalam simpananku.....al-fatihah buat abahku sayang..












i'm back..........

rupa2 nya dah lama aku x menulis dlm blog ni...hampir 7 bulan....hehehe..kalau mengandung tu dah besar dah perut hihi..dalam 7 bulan tu dah macam2 perkara yang terjadi.....
23 oktober 2010......tarikh keramat yang akan ku kenang sampai bila2..abah tersayang pergi meninggalkan kami sekeluarga..perginya tanpa pesan...dia menghembuskan nafas terakhir di tmpat tidurnya seorang diri tanpa sesiapa disisinya....abah..semoga abah tenang disana...anak2mu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan mu disana...malam tu aku sempat berbual dgn abah melalui telefon....abah cakap abah nak pegi duduk kat pondok....dia rasa bosan duduk sorang2...lama jugak kami berbual malam tu....ade jugak la luahan hatinya....biasala orang tua...last perbualan..."esok ,lusa telefon lagi abah ye...waktu mcm ni jugak..esok ptgnya aku dpt panggilan telefon yang abah dah xde...tiada lagi suara abah..tiada lagi gula2 yang abah selalu bagi pada cucu2nya..abah pergi dgn niat yang baik....semoga allah mencucuri rahmat keatas roh abah..amiin

09 november 2010....my birthday huhu...dah tua...29 tahun.semoga aku dapat menjaga suami dan anak2ku dgn baik....ya allah semoga aku dapat menjalankan amanah dan tanggugjawab ini dgn sempurna dan baik

banyak lagi sebenarnya yang nak ku tulis..tapi internet ni very2 slow...jap2 putus...nnt smbung lagi..

13 April 2010

oreo cheesecake

semalam tryla buat ciskek ni....emmm sedappp..walaupun x berapa nak jadi hehehe...resepi ni cedok dr dapur ummi....mula2 rasa pelik kenapa la x sama dgn yg ummi buat....ciskek ummi putih je,,,,rupa2nya ade 2 kesalahan yang aku buat...pertama...masa masak x tutup atas kek tu...kedua..biskut oreo yang di masukkan dlm adunan tu aku hancurkan..maka jadilah warna perang huhuhu....

01 March 2010

abang haziq ditimpa malang....


Emmm..entry kali ni nak tunjuk dahi abang haziq yang benjol sebesar telur ayam gred c ni hehe...kemalangan ni berlaku masa dia tengah seronok sangat main dengan kak ngah la ...main kejar2....tgh lari2 tu dia pun terjatuh dan dahi dia terantuk kat bucu pintu tu...terkejut ummi yang masa tu tgh tgk tv sambil perhatikan diaorg main...abang haziq jerit kuatt sangat....sian anak ummi....dia kata kak ngah buat....kak ngah kata dia x buat...abang haziq jatuh sendiri huhuhu...kak ngah dah takut sebab dia yang kejar abang haziq...abang haziq tahu salah dia..dia senyap..dan x menangis pun...tu yang terus snap gambo tu...bole pulak dia kata...'ada bola kat kepala haziq ummi'...dalam hati ku boleh tahan jugak anakku ni..hehe..

Posted by Picasa

28 February 2010

Jalan-jalan kat pantai




Semalam hari ahad...kitaorang pegi jalan kat pantai....kalau nak ikut kan hari2 jalan kat pantai bab rumah memang dekat ngan pantai pun...abang haziq n kak ngah kalau dah sampai kat pantai apalagi main pasir la...kalau nak ajak baliktu memang payah...ni gambar  diaorang masa kat pantai...suka tgk gamba2 ni.... dah besar anak2 ummi....

Wajah ceria anak-anakku






selamat hari lahir anak-anakku




lama dah tak menulis dalam blog ni....bz sangat hehehe....bila tiba bulan februari ke tiga-tiga anakku cukup umur...abang long dan baby haris berkongsi tarikh lahir 25 Feb..kak ngah pulak 11 Feb...pandai jugak aku merancang hehe..pastu aku pun belikan kek untuk diaorang dgn gambo masing2 ade ats kek tu..diaorang suka dengan kek tu....aku pun rasa seronok sangat bila melihat anak-anakku gembira.....abang haziq dah 4 tahun..kak ngah dah 3 tiga tahun baby haris dah setahun...harapan ku semoga aku dapat mendidik anak-anakku menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat....abang haziq ngan kak ngah suka sangat tgk gambo kek dia orang ni...kek ni aku tempah dgn kawan sekolah aku dulu....dapat free gift 6 biji cup kek...tq kak g-ann...layan gambo kek diaorang yek..