23 July 2011

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
(Surah An Nur : Ayat 30)

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)
31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An Nur : Ayat 31)

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)
59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah AL Ahzab : Ayat 59)

يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)
26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah AL A'raaf : Ayat 26)

Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.

Wallahua'lam.

18 July 2011

al hamdulillah....

berita yang sangat gembira untuk anak2 ku n abi diorang...i'm pregnan....insyaallah tahun depan bertambahlah ahli keluarga kami...baby haris suka sangat bila tahu ade baby dalam perut ummi...tapi masalahnya dia masih tak putus lagi menyusu badan....dah macam2 cara buat tapi tak jalan.....dia siap bagi2 lagi..sebelah utk baby n sebelah lagi untuk dia.....
satu lagi problem...diabetes......macam tak percaya boleh kena time mengandung ni.....
takut ade effect kat baby....
kena jaga makan...tu la yang paling x best bab time mengandung ni la nak makan sedap2 huhu..
bila dah ade kencing manis ni...setiap 2minggu kena pegi ambik darah
4 kali sehari....boring betul.......
ape2 pun semoga segalanya di dalam lindungan allah....aminn....

30 May 2011

lama nyaaaa....x update blog.....


sekadar hiasan 

sekadar hiasan
rupanya dah lama betul x update blog ni......bukannya xnak update..line tenet kat umah aku kat balok ni memang sangat2 teruk....kejap2 putus..nak masuk gambar je...putus..memang tension sangat2.........ni pun nasib baik duduk kat kg...kat jengka....kalau kat kelantan  xde juga...huhu..berbulan2 tak update blog ni macam2 cerita ade....rasanya sampai x tercerita rasanya hihihi...

01 March 2011

MIL warded!!!!

mil n cucu2nya
hari ahad baru ni 27/2...kami balik ke kg di kelantan..mak mertua dimasukkan ke wad,setelah lebih kurang sebulan mengalami gangguan kesihatan...setelah buat pemeriksaan MIL disahkan di jangkiti virus TIBI..ya allah terkejut jugak masa mula2 dengar tu..patut la sebelum ni dia demam sekejap pastu dia sihat....pastu dia demam balik..kesian kat mek(panggilan utk MIL),selera makan pun xde..badn pun dah makin susut...dalam 2 bulan ni dia kena jalani rawatan amat ketat....kena makan ubat 10 biji sehari dan satu suntikan...setiap hari selama 2 bulan....mek cakap ubat suntikan tu masuk dalam badan memang sakit sangat...sedih tgk mek..dia mak mertua yang sangat baik....harap2 semuanya berjalan dengan baik...dengan izin allah harap2 mek cepat sembuh..

          



PENYAKIT TIBI

APAKAH PENYAKIT TIBI ?


Tibi merupakan sejenis penyakit yang MERBAHAYA. Ia bolehmenyebabkan penderitaan dan KEMATIAN jika tidak dirawat.


Tibi disebabkan oleh kuman halus yang digelar TUBERCLEBACILLI dan kuman ini boleh dilihat hanya denganmenggunakan mikroskop.

Kuman Tibi biasanya menyerang PARU-PARU,walaubagaimana pun mana-mana bahagian badan juga boleh terjejas.

Tibi Paru-paru (atau TlBI PULMONARI merupakan jenis Tibi yang sering terjadi di kalangan manusia.

BAGAIMANA TIBI MEREBAK?

Tibi merupakan sejenis penyakit SEBARAN UDARA.

Kuman Tibi disebarkan melalui udara dalam bentuk titisan yang dikeluarkan apabila seseorang yang menderitai Tibi paru-paru atau TlBI PULMONARI yang aktif itu batuk.

Mereka yang menderitai penyakit TIBI PULMONARI yang aktifbiasanya mengalami batuk.

Setiap kali batuk,mereka mengeluarkan titisan-titisan halus yang membawa beribu-ribu kuman
Tibi terapung-apung di udara di sekitar mereka untuk beberapa ketika.


Sesiapa yang menyedut titisan-titisan halus yang mengandungi kuman Tibi ini akan menghadapi risiko dijangkiti dan menghidapi

Mereka yang menderitai penyakit TIBI PULMONARI yang aktif yang batuk dan bersin dengan itu, boleh merebakkan penyakit ini kepada orang-orang yang berhubung rapat dengan mereka.


GEJALA-GEJALA TIBI PULMONARI


Batuk yang berlangsung selama 2 minggu atau lebih.

Kahak mungkin mengandungi darah.


Demam, selalunya berpeluh, pada waktu petang atau malam.

Mudah letih dan berasa lemah.

Mungkin mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menarik nafas panjang.

Hilang selera makan.

Kurang berat badan.



BAGAIMANA MENDIAGNOSIS ATAU MENGESAN TIBI PULMONARI?

Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, anda hendaklah menguji kahak anda untuk kuman Tibi.

Ujian kahak boleh dijalankan di PUSAT KESIHATAN ATAU HOSPITAL yang berhampiran.

X-ray dada mungkin boleh membantu.


RAWATAN TIBI

Rawatan untuk penyakit Tibi mengambil masa 6 bulan. Ia mengandungi mula-mulanya

RAWATAN HARIAN SELAMA 2BULAN biasanya 4 jenis ubat diambil dengan disaksikan oleh kakitangan perubatan atau orang lain yang dilantik untuk menyeliakan rawatan.

* Ini diikuti oleh rawatan yang dilakukan DUA KALI SEMINGGU SELAMA 4 BULAN, biasanya 3 jenis ubat diambil di bawah penyeliaan.


Jika rawatan ini diikuti SECARA TETAP pesakit berkenaan boleh DISEMBUHKAN.


BAGAIMANA MENCEGAH TIBI?


IMUNISASI BCG memberikan perlindungan yang baik kepada bayi daripada jangkitan Tibi yang merbahaya.

Imunisasi BCG diberikan PERCUMA di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan untuk semua orang yang berumur 20 tahun kebawah.


Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, pergilah berjumpa doktor SECEPAT MUNGKIN dan dapatkan pemeriksaan kahak anda.


Jika anda mengalami Tibi, doktor akan membuat preskripsi rawatan yang perlu.

Pastikan anda mematuhi rawatan tersebut secara tetap sehingga selesai. Ini boleh menyembuhkan anda dan juga mencegah anda daripada menyebarkan penyakit ini kepada keluarga anda dan orang lain yang berhubung rapat dengan anda.

Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.


NASIHAT UMUM


Biarkan rumah anda dimasuki cahaya matahari sebanyak-banyaknya kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi yang terapung-apung di udara dan berlindung di sudut dan penjuru rumah.


Buka semua tingkap diwaktu siang untuk peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang sempurna mencegah Tibi dari merebak


Amalkan cara hidup yang sihat dan makanlah makanan yang seimbang supaya badan anda boleh menentang kuman tibi.

Anda boleh menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran.


BERTINDAKLAH SEGERA


Rawatan segera menyelamatkan nyawa.Rawatan awal dan segera adalah mustahak untuk mengelakkan kesulitan dan kemelaratan yang akan berlaku kepada pesakit

25 February 2011

selamat hari lahir anak-anakku..

kak ngah,abg haziq,baby haris
lama dah tak menulis dalam blog  ni...sibuk dan penyakit malas hehe...semalam 25/2/2011 genap lah usia abang long 5 tahun dan baby haris 2 tahun...diaorang ni lahir tarikh yang sama....kak ngah pulak bulan feb jugak 11/2/2011 br ni genap la usia kak ngah 4 tahun....kak ngah dulu sambut birthday hehe..rasa sekejap je diaorang ni membesar...masih segar lagi dalam ingatan ni saat2 indah melahirkan diaorang...ya allah semoga aku dapat mendidik mereka menjadi anak yang baik dan sentiasa berbakti pada agama Mu ya allah...aminn.rasa begitu besar tanggugjawab untuk membentuk peribadi anak-anak...segalanya bermula daripada ibu bapa untuk mencorak mereka.....
kak ngah kuat ngajuk
baby haris yg manja
abang haziq yang kuat menyakat

01 February 2011

kambing bakar....



hahaha...ni memang antara menu feveret my family....memang selalu la buat hehhe....kami hanya makan daging ni berulamkan bawang,tomato n capcicum...fuhhh memang sedapp gilosss......my hubby cakap"kita ni lebih dasyat pada org arab lg"hehehe..ape taknya sekilo daging sekejap je licin...memang sedap... sambil kita makan daging tu makan bawang bakar terasa manis bawang tu masuk dalam daging tambah pulak masam tomato dan capsicum yg sedap tu...sambil tulis ni pun nak meleleh air liur hehhe..nak buat pun senang sangat...perapkan daging dengan minyak zaitun,garam,sos lada hitam sikit je..dalam 2-3 jam..lagi lama lagi lembut daging tu..pastu bakar la.. untuk buat sos dia pulak..tumis bwg putih n bwg merah yg dicincang halus...masukkan sos lada hitam (guna yg jenama life sdp skt)..masukkan garam sikit.tambah air...pastu kalau nak pekatkan isila tepung jagung...