01 March 2010
abang haziq ditimpa malang....
Emmm..entry kali ni nak tunjuk dahi abang haziq yang benjol sebesar telur ayam gred c ni hehe...kemalangan ni berlaku masa dia tengah seronok sangat main dengan kak ngah la ...main kejar2....tgh lari2 tu dia pun terjatuh dan dahi dia terantuk kat bucu pintu tu...terkejut ummi yang masa tu tgh tgk tv sambil perhatikan diaorg main...abang haziq jerit kuatt sangat....sian anak ummi....dia kata kak ngah buat....kak ngah kata dia x buat...abang haziq jatuh sendiri huhuhu...kak ngah dah takut sebab dia yang kejar abang haziq...abang haziq tahu salah dia..dia senyap..dan x menangis pun...tu yang terus snap gambo tu...bole pulak dia kata...'ada bola kat kepala haziq ummi'...dalam hati ku boleh tahan jugak anakku ni..hehe..
28 February 2010
Jalan-jalan kat pantai
Semalam hari ahad...kitaorang pegi jalan kat pantai....kalau nak ikut kan hari2 jalan kat pantai bab rumah memang dekat ngan pantai pun...abang haziq n kak ngah kalau dah sampai kat pantai apalagi main pasir la...kalau nak ajak baliktu memang payah...ni gambar diaorang masa kat pantai...suka tgk gamba2 ni.... dah besar anak2 ummi....
selamat hari lahir anak-anakku
lama dah tak menulis dalam blog ni....bz sangat hehehe....bila tiba bulan februari ke tiga-tiga anakku cukup umur...abang long dan baby haris berkongsi tarikh lahir 25 Feb..kak ngah pulak 11 Feb...pandai jugak aku merancang hehe..pastu aku pun belikan kek untuk diaorang dgn gambo masing2 ade ats kek tu..diaorang suka dengan kek tu....aku pun rasa seronok sangat bila melihat anak-anakku gembira.....abang haziq dah 4 tahun..kak ngah dah 3 tiga tahun baby haris dah setahun...harapan ku semoga aku dapat mendidik anak-anakku menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat....abang haziq ngan kak ngah suka sangat tgk gambo kek dia orang ni...kek ni aku tempah dgn kawan sekolah aku dulu....dapat free gift 6 biji cup kek...tq kak g-ann...layan gambo kek diaorang yek..
30 January 2010
Ingatan bersama
Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).
(Surah al-Mukminun)
Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.
Teknik perlaksanaan:
Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.
Teknik perlaksanaan:
Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.
Teknik perlaksanaan:
Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) .
Teknik perlaksanaan:
Sifat Kelima:
Menjaga amanah.
Teknik perlaksanaan:
Perkara-perkara tuntutan amanah:
Sifat Keenam:
Setia pada janji.
Teknik perlaksanaan:
Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.
Teknik perlaksanaan:
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).
(Surah al-Mukminun)
Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.
Teknik perlaksanaan:
- Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
- Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
- Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
- Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
- Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
- Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
- Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
- Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.
Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.
Teknik perlaksanaan:
- Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
- Mengawal diri untuk berbicara.
- Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
- Berdiam ketika perlu.
- Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
- Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
- Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
- Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
- Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
- Jika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.
Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.
Teknik perlaksanaan:
- Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
- Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
- Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
- Membantu secara sukarela tanpa diminta.
- Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
- Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
- Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
- Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
- Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
- Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.
Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) .
Teknik perlaksanaan:
- Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
- Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
- Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
- Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
- Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
- Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
- Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.
Sifat Kelima:
Menjaga amanah.
Teknik perlaksanaan:
- Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
- Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
- Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.
Perkara-perkara tuntutan amanah:
- Perkara fardhu dalam agama.
- Penempatan orang-orang Islam.
- Anggota badan.
- Waktu.
- Ilmu.
- Harta.
- Barang titipan.
- Rahsia orang lain.
- Tugas dan jawatan.
- Perkara yang diminta untuk dibincangkan.
Sifat Keenam:
Setia pada janji.
Teknik perlaksanaan:
- Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
- Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
- Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.
Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.
Teknik perlaksanaan:
- Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
- Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
- Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
- Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
- Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.
31 December 2009
Rambut gugur!!!!!!!!!
sekarang ni tengah risau rambut ku gugur dengan banyak sekali....sampaikan kat tengah2 kepala ni dah kosong sikit...ahh adakah aku akan botakkk...tidakkkk.sekarang ni tengah pakai ubat untuk merawat masalah ku ini...ya allah...semoga rambutku semakin pulih insyaallah
24 November 2009
mood yang malasss
sepanjang minggu ni memang saya malas nak mengemas rumah..nak pack barang nak balik kampung..serba serbi la...ya allah kenapaala hambamu ini ade penyakit seperti ini..penyakit M ni sebenarnya membebankan diri kita.....tapi nak buat macammana memang malas jugak he he he...dua hari lagi kita akan menyambut idul adha...mood nak raya pun xde...nak buat macammana ni...esok dah nak balik satu ape pun x kemas....sepanjang minggu ni hujan tak berhenti...baju yang tak di jemur pun banyak..ya allah semoga hambamu ini di kuatkan semangat untuk membuat kerja yang berlambak-lambak ni.....malaass
Subscribe to:
Posts (Atom)
