01 March 2011

MIL warded!!!!

mil n cucu2nya
hari ahad baru ni 27/2...kami balik ke kg di kelantan..mak mertua dimasukkan ke wad,setelah lebih kurang sebulan mengalami gangguan kesihatan...setelah buat pemeriksaan MIL disahkan di jangkiti virus TIBI..ya allah terkejut jugak masa mula2 dengar tu..patut la sebelum ni dia demam sekejap pastu dia sihat....pastu dia demam balik..kesian kat mek(panggilan utk MIL),selera makan pun xde..badn pun dah makin susut...dalam 2 bulan ni dia kena jalani rawatan amat ketat....kena makan ubat 10 biji sehari dan satu suntikan...setiap hari selama 2 bulan....mek cakap ubat suntikan tu masuk dalam badan memang sakit sangat...sedih tgk mek..dia mak mertua yang sangat baik....harap2 semuanya berjalan dengan baik...dengan izin allah harap2 mek cepat sembuh..

          



PENYAKIT TIBI

APAKAH PENYAKIT TIBI ?


Tibi merupakan sejenis penyakit yang MERBAHAYA. Ia bolehmenyebabkan penderitaan dan KEMATIAN jika tidak dirawat.


Tibi disebabkan oleh kuman halus yang digelar TUBERCLEBACILLI dan kuman ini boleh dilihat hanya denganmenggunakan mikroskop.

Kuman Tibi biasanya menyerang PARU-PARU,walaubagaimana pun mana-mana bahagian badan juga boleh terjejas.

Tibi Paru-paru (atau TlBI PULMONARI merupakan jenis Tibi yang sering terjadi di kalangan manusia.

BAGAIMANA TIBI MEREBAK?

Tibi merupakan sejenis penyakit SEBARAN UDARA.

Kuman Tibi disebarkan melalui udara dalam bentuk titisan yang dikeluarkan apabila seseorang yang menderitai Tibi paru-paru atau TlBI PULMONARI yang aktif itu batuk.

Mereka yang menderitai penyakit TIBI PULMONARI yang aktifbiasanya mengalami batuk.

Setiap kali batuk,mereka mengeluarkan titisan-titisan halus yang membawa beribu-ribu kuman
Tibi terapung-apung di udara di sekitar mereka untuk beberapa ketika.


Sesiapa yang menyedut titisan-titisan halus yang mengandungi kuman Tibi ini akan menghadapi risiko dijangkiti dan menghidapi

Mereka yang menderitai penyakit TIBI PULMONARI yang aktif yang batuk dan bersin dengan itu, boleh merebakkan penyakit ini kepada orang-orang yang berhubung rapat dengan mereka.


GEJALA-GEJALA TIBI PULMONARI


Batuk yang berlangsung selama 2 minggu atau lebih.

Kahak mungkin mengandungi darah.


Demam, selalunya berpeluh, pada waktu petang atau malam.

Mudah letih dan berasa lemah.

Mungkin mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menarik nafas panjang.

Hilang selera makan.

Kurang berat badan.



BAGAIMANA MENDIAGNOSIS ATAU MENGESAN TIBI PULMONARI?

Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, anda hendaklah menguji kahak anda untuk kuman Tibi.

Ujian kahak boleh dijalankan di PUSAT KESIHATAN ATAU HOSPITAL yang berhampiran.

X-ray dada mungkin boleh membantu.


RAWATAN TIBI

Rawatan untuk penyakit Tibi mengambil masa 6 bulan. Ia mengandungi mula-mulanya

RAWATAN HARIAN SELAMA 2BULAN biasanya 4 jenis ubat diambil dengan disaksikan oleh kakitangan perubatan atau orang lain yang dilantik untuk menyeliakan rawatan.

* Ini diikuti oleh rawatan yang dilakukan DUA KALI SEMINGGU SELAMA 4 BULAN, biasanya 3 jenis ubat diambil di bawah penyeliaan.


Jika rawatan ini diikuti SECARA TETAP pesakit berkenaan boleh DISEMBUHKAN.


BAGAIMANA MENCEGAH TIBI?


IMUNISASI BCG memberikan perlindungan yang baik kepada bayi daripada jangkitan Tibi yang merbahaya.

Imunisasi BCG diberikan PERCUMA di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan untuk semua orang yang berumur 20 tahun kebawah.


Jika anda mengalami batuk yang berlangsung selama 2 MINGGU ATAU LEBIH, pergilah berjumpa doktor SECEPAT MUNGKIN dan dapatkan pemeriksaan kahak anda.


Jika anda mengalami Tibi, doktor akan membuat preskripsi rawatan yang perlu.

Pastikan anda mematuhi rawatan tersebut secara tetap sehingga selesai. Ini boleh menyembuhkan anda dan juga mencegah anda daripada menyebarkan penyakit ini kepada keluarga anda dan orang lain yang berhubung rapat dengan anda.

Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh didapati percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan.


NASIHAT UMUM


Biarkan rumah anda dimasuki cahaya matahari sebanyak-banyaknya kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi yang terapung-apung di udara dan berlindung di sudut dan penjuru rumah.


Buka semua tingkap diwaktu siang untuk peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang sempurna mencegah Tibi dari merebak


Amalkan cara hidup yang sihat dan makanlah makanan yang seimbang supaya badan anda boleh menentang kuman tibi.

Anda boleh menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran.


BERTINDAKLAH SEGERA


Rawatan segera menyelamatkan nyawa.Rawatan awal dan segera adalah mustahak untuk mengelakkan kesulitan dan kemelaratan yang akan berlaku kepada pesakit