30 January 2010

Ingatan bersama

Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)


Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:

  • Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
  • Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
  • Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
  • Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
  • Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
  • Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
  • Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
  • Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:
  • Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
  • Mengawal diri untuk berbicara.
  • Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
  • Berdiam ketika perlu.
  • Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
  • Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
  • Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
  • Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
  • Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
  • Jika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga: 
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:
  • Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
  • Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
  • Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
  • Membantu secara sukarela tanpa diminta.
  • Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
  • Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
  • Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
  • Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
  • Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
  • Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) . 

Teknik perlaksanaan:
  • Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
  • Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
  • Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
  • Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
  • Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
  • Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
  • Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima: 
Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:
  • Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
  • Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
  • Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
  • Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
  • Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
  • Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Perkara-perkara tuntutan amanah:
  • Perkara fardhu dalam agama.
  • Penempatan orang-orang Islam.
  • Anggota badan.
  • Waktu.
  • Ilmu.
  • Harta.
  • Barang titipan.
  • Rahsia orang lain.
  • Tugas dan jawatan.
  • Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam: 
Setia pada janji.

Teknik perlaksanaan:
  • Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
  • Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
  • Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
  • Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
  • Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
  • Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh: 
Tetap memelihara sembahyang.

Teknik perlaksanaan:
  • Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
  • Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
  • Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
  • Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
  • Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.