24 November 2009

mood yang malasss

sepanjang minggu ni memang saya malas nak mengemas rumah..nak pack barang nak balik kampung..serba serbi la...ya allah kenapaala hambamu ini ade penyakit seperti ini..penyakit M ni sebenarnya membebankan diri kita.....tapi nak buat macammana memang malas jugak he he he...dua hari lagi kita akan menyambut idul adha...mood nak raya pun xde...nak buat macammana ni...esok dah nak balik satu ape pun x kemas....sepanjang minggu ni hujan  tak berhenti...baju yang  tak di jemur pun banyak..ya allah semoga hambamu ini di kuatkan semangat untuk membuat kerja yang berlambak-lambak ni.....malaass

15 November 2009

bila dah ngantukkk sessangat



hmmm...lama dah nak letak gambar ni...tapi tak lepas2 nak publish sebab tenet on/of sokmo..geramm..suke sangat tengok gambo ni...nampak sangat hero dah keletihan...dalam duk bercakap2 dia terlena...kak ngah memang dah lama dah tido....bila budak du orang ni tido sunyilah pulak....sebab.. kalau dia orang tak tido abang haziq memang rajin menyakat kak ngah yang suke menangis..walaupun abang haziq baru 3 tahun tapi nampak dia tu seorang abang yang bertanggungjawab..sayangkan adik2nyee...yang tak tahan tu kuat menyakat tu la...semoga anak-anakku menjadi anak yang baik...insyaallah
Posted by Picasa

hasil tulisan anak-anakku

minggu lepas saya sibuk menyalin resepi-resepi yang menarik perhatian untuk dibuat.,...nak buat nye tak tau la bila lagi hehehe...dalam sibuk duk meyalin resepi tu...anak-anak pun terliur la nak menulis jugak...habis la pen abi dia jadi mangsa...masing-masing dah ade pen dan buku sorang satu..apalagi menulis la macam ummi dia menulis....sepanjang minggu tu memang aktiviti diaorang menulis..bila ummi diaorang bukak buku nak salin resepi diorang ambik buku jugak nak menulis..sampaikan abi diaorang balik pun naik heran... kenapa la rumah aku hari ni senyap je..selalunye budak-budak ni kalau abi dia balik bukan main seronok lagi menunggu depan pintu..hari tu memang  xlayan langsung abi dia balik.. ok ..nak tunjuk la jugak hasil kerja anak-anak ku ni..

ini hasil tulisan abang haziq


ini pulak hasil kakngah...



kelakar pulak tengok anak-anakku ni menulis...habis satu buku tu dia tulis....konon-konon salin resepi jugak la tu..hehehe...tapi bukan buku je yang dia orang tulis..dengan sofa-sofa pun habis kena tulis jugak...huhuhu.

09 November 2009

09.11...dah berakhir....

macam sedih je pulak tajuk hari ni..xde la..sebenarnye setiap kali tarikh ni maka genap la umur saye..its not  a special date but when the date is coming im not happy...why? secret...haha cakap omputih la pulak...betul ke apa yang saye tulis  ni..lantak la labu..semoga dengan pertambahan umur menjadikan saya seorang yang tabah,kuat semangat dan lebih matang...x matang ke...tu kena tanye my habib la ...he knows everything about me haha..semoga allah sentiasa melindungi keluarga kami dengan rahmatnye..amin...
bila my habib nak belanja makan nasi arab ni...rasa mengidam la pulak...abang..jom kite pegi kat ar rawsya makn nasi arab ..kebab...duk teringat ni..macam dekat  je nak pegi..harap2 cuti sekolah ni dapat la pegi...bergantung kepada budget nye dulu..buat masa sekarang x nmpak tanda yang boleh pegi lagi..hehe
ape kate kite tegok je dulu makanan yang kami makan kat rawsya ni..emm sedapp..tengok gambar pun dah terubat rindu hehe...memang setiap kali ke kl sini memang tempat yang wajib pegi..3 hari ddk kl maka 3 hari la kami makan kat sini...





08 November 2009

blog dah berwajah baru!!!

rase macam semangat nak menulis bila blog kite dah cantik kan.....tapi tak lah cantik sangat pun...sebab orang yang buat pun tengah merangkak-rangkak lagi nak belajar....seharian dengan anak-anak dirumah...rase letih pun ade....tapi aku harus kuatkan semangat untuk mendidik anak-anak menjadi orang yang berjaya....kadang-kadang terdetik rase bersalahku pade anak-anak kerana tak menjaga mereka dengan sempurna...apabila hilang kesabaranku...anak-anak kena marah...ya allah jadikanlah aku orang yang sabar dengan dugaanmu ya allah..buat anak-anakku ummi akan jadi yang terbaik untuk kalian semua..insyaallah....semoga kalian semua  menjadi insan yang berjaya didunia dan akhirat amin...........

04 November 2009

sekadar pedoman

Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.




1. KETIKA MENCARI CALON



Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.



2. KETIKA MELAMAR



Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.





3. KETIKA AKAD NIKAH



Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah











4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN



Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana

menyia-nyiakan do'a mereka.





5. KETIKA MALAM PERTAMA



Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.





6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA



Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.





7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG



Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan





8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.



Cintailah isteri atau suami anda 100%



9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.



Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.





10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM



Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.





11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG



Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita





12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI



Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.





13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI



Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



14.KETIKA MENDIDIK ANAK



Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....





15.KETIKA ANAK BERMASALAH



Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.



16.KETIKA ADA PIL.



Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.





17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS



Gunakanlah formula 7 K



1 Ketaqwaan



2 Kasih sayang



3 Kesetiaan



4 Komunikasi dialogis



5 Keterbukaan



6 Kejujuran



7 Kesabaran







--------------------------------------------------------------------------------