30 December 2012

produk cosmoderm

aku dah try produk ni dlm 3bulan.allhamdulillah...menampakkan hasil yang positif...sebenarnya aku bukanlah mempunyai kulit yang bermasalah berat...cuma berminyak di zon t dan whitehead dekat hidung...dah banyak produk yang aku gunakan...dr yang mahal dan murah..ade yang berkesan dan tak..huhu.tapi dengan cosmoderm hatiku terus melekat...hinggakan aku bertekad untuk jadi agent..yang membuatkan aku yakin dengan cosmoderm ialah yang paling utama ianya disahkan halal,harganya yang mampu milik,dan hasil yang sangat memuaskan hati.selain drpd penjagaan muka,terdapat juga penjagaan badan dan penjagaan intim wanita....insyaallah nanti aku akan update kan produk2 cosmoderm dlm blog ni...jadi sape2 yang berhajat nak membeli produk cosmoderm boleh hubungi saya ye0139216383( ade ke yg baca) hehhe

23 October 2012

Abah dalam kenangan

Al fatihah untuk arwah abah...hari ni genap 2 tahun abah tiada ....rasa cepat masa berlalu...abah semakin jauh...yang hidup di dunia ni semakin hampir untuk bertemu Mu Ya Allah.Semoga abah tenang di sana..doa dan amalan baik kami di siniuntuk abah di sana.Insyaallah

30 August 2012

didik anak sebelum dan selepas bangun tidur

1.bersihkan diri sebelum tidur
i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,
Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?
Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,
Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.
Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.
Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.
Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.
Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.
Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.
Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

03 August 2012

jalan-jalan ke cameron highland

razaks famili
abang hariss
ni kira percutian keluargala...pada cuti sekolah bulan 6 baru ni razaks family bercuti ke cameron higland,kami pergi 2 hari.alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.x banyak gambar yang aku ambik..sebab ade 'handbag ' baru ni...hehe baby hazim la.....
mata abg haziq tiba2 bengkak

tok ayoh ngan cucu2nya

nak mulakan perjalanan


kat mardi


ade lagi gambo.tapi malas dah nak masukkan hehhe,ape pun seronok la percutian keluarga ni..byk lagi perancangan bercuti utk keluarga..tuggu tabung penuh la dulu hehe





















18 July 2012

bertambah ahli keluarga....

tanggal 3hb januari 2012 aku selamat bersalin putera yang ke 4...HAZIM AL HASNAWI..alhamdulillah proses melahirkan sangat mudah....
beberapa minit selepas  dilahirkan
ade jaundis yg agak kuat

01 July 2012

setelah hampir setahun

assamualaikum....hmmm...lamanya x update blog kesayangan ku ni...xde idea nak menaip hehe..last sekali blog ni di tulis pada 29 julai 2011,hari tanggal 2 julai 2012 aku kembali!!sebenarnya tujuan aku buat blog ni untuk aku simpan segala kenangan,gambar aktiviti bersama anak2,dan segalanyalah.....jadi aku nak letakkan gambar2 sepanjang aku x update blog ni...biarlah gambar yang menceritakan segalanya...


makan time....
my only girl

Tambah kapsyen


hari penyampaian hadiah pasti
nasyid



BIL kawin....besarnya peyut mak buyung...
teluk cempedak...jalan2 sblm bersalin esoknya..
hari terakhir sebelum meletup....

bersambung...........



29 July 2011

sahabat.....

 Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.....

 Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Saya memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar.
Khalifah 'Umar


tiba2 pagi ni teringat sahabat yang dah lama x berhubung........ 
dia ku anggap sebagai sahabat baik..tempat ku luahkan segala masalah..
x tahu sebab ape dia berubah
selalu berjumpa dialam maya...tapi tak pernah bertegur sapa...
sebelum tu... rasanya tiada masalah antara kami
dah cuba bertegur sapa
tapi nampaknya dia dingin
mungkin ade perbezaan antara kami yang dia x boleh terima..



eh...emosi pulak pagi ni....hehe
xdela memang teringat sungguh kat member ni
dia kawan dari sekolah rendah hinggalah menengah
malangnya aku tak sampai ke ipta
kerana ade beberapa masalah yang aku hadapi
macam pelajar bermasalah pulak koi ni..hehe
x apelah mungkin ade hikmahnya
disebalik semua ini....
memang x mudah menemui  seorang sahabat 

Sahabat

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
Teman akan memberi mu senyuman
Tapi sahabat memberi mu kebahagiaan
Teman akan memberi mu setangkai mawar
Tapi sahabat memberi mu setangkai melati
Teman akan menikam mu dari belakang
Tapi sahabat akan menampar mu dari depan
kata-kata hikmah untuk peringatan kita semua..